Ahad, 27 Disember 2009

SAHHHH...KAU MILIKIKU.
















Pada 26/12/2009 lebih kurang 9.45 malam, bertempat di kediaman rasmi Ketua Polis Daerah Perak Tengah dengan sekali lafaz maka sahlah puteri sulung KPD Perak Tengah Cik Farhana menjadi isteri kepada Hisham... Majlis dihadiri oleh sanak saudara kedua-dua belah pihak dan anggota2 polis IPD Perak Tengah.
Di sebelah paginya dengan mengekalkan semangat kerja bergotong royong, warga IPD Perak Tengah berkumpul dikediaman OCPD bersama-sama menjalankan kerja bagi menjayakan majlis yang dirancang.

Selasa, 8 Disember 2009

SEJARAH PENUBUHAN IPD PERAK TENGAH SERI ISKANDAR

Pada 21.08.1999,Cadangan Perolehan Perumahan PDRM 138 unit dan Sebuah Bangunan Pentadbiran IPD Perak Tengah di Seri Iskandar, Perak telah dibina di atas tanah seluas 27.29 ekar. Projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar ini telah dimulakan dengan kos sebanyak RM 19.183 juta. Tender pembinaan Projek ini telah diperolehi oleh syarikat GALORE DEVELOPMENT SDN.BHD. Pembinaan projek ini dijalan secara Design and Build. Tarikh siap projek ini adalah pada 21.08.2001 namun sehingga penghujung tahun 2002, projek ini masih belum siap dibina. Pada 6 Ogos 2003 kontrak pembinaan telah ditamatkan. Kegagalan pihak pemaju menyiapkan projek pembinaan IPD Perak Tengah di Seri Iskandar telah menjadi projek gajah putih. Pada penghujung tahun 2005, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membuat lawatan ke tapak projek Ibu Pejabat yang terbengkalai ini dan Dato Seri mengarahkan projek pembinaan ini disambung dengan kadar segera.
Pada 17hb Ogos 2006 tender baru dibuka dan telah di perolehi oleh Kontraktor Suria Gemilang Sdn. Bhd dengan kos pembinaan sebanyak 28.562.612.78 juta. Pihak pemaju telah masuk ke tapak menjalankan kerja-kerja pembinaan pada 26hb Disember 2006. Tempoh masa kontrak baru ini adalah selama 15 bulan dan tarikh siap projek adalah pada 26hb Mac 2008. Namun begitu pihak kontraktor memohon Extra Of Time (EOT) dan diluluskan tarikh baru siap projek pada 7hb Ogos 2008 dengan kos baru sebanyak RM30,097,865.93 juta. Sijil Siap Kerja atau Certificate Practical Completion (CPC) telah diluluskan oleh pihak perunding Arcadia Archite kepada kontraktor pada 7hb Ogos 2008. Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah telah siap dibina sepenuhnya. Ibupejabat Polis Daerah yang baru ini mempunyai satu kompleks pentadbiran yang dilengkapi dengan bangunan lapang sasar, bangunan stor peluru, bangunan stor barang kes, bangunan bengkel kenderaan, stesen minyak dan dewan serba guna serta 5 buah lot banglow untuk pegawai berpangkat GO, 12 buah lot banglow semi D untuk berpangkat Inspektor dan 122 buah rumah teres untuk anggota pelbagai pangkat. Pada 18/11/2008 Pihak Majlis Daerah Perak Tengah telah mengeluarkan Sijil Layak Menduduki atau Certificate of Fitness (CF) kepada projek Pembinaan kompleks pentadbiran dan perumah IPD Perak Tengah. Pada 18/11/2008 penyerahan kunci kompleks pentadbiran dan perumahan dibuat. Dengan adanya CF, kerja-kerja pemindahan terus dirancang oleh pucuk pimpinan IPD Perak Tengah dengan dibantu oleh Jabatan Logistik Perak. Pada 21/11/2008 kerja-kerja pemindahan daripada IPD lama di Parit ke IPD baru di Seri Iskandar bermula. Pada 24/11/2008 Ibupejabat Polis Daerah Perak Tengah yang baru di Seri Iskandar beroperasi sepenuhnya dengan di Ketuai oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Som Sak A/L Din Keliaw. Pada 26/11/2008 jam 11.30 majlis penyerahan kompleks pentadbiran dan perumahan telah diadakan di bilik mesyuarat utama IPD Perak Tengah. Penyerahan Kompleks diantara pihak kontarktor (Suria Gemilang Sdn. Bhd) yang diwakili oleh Pengarah Urusannya En. Mohd Hamdan B. Hashim kepada pihak Kementerian Dalam Negari (KDN) yang diwakili oleh KPSU (PB)R En. Hassan B. Saep (Sudah meninggal dunia) dan seterusnya pihak KDN menyerahkan secara rasmi kompleks pentadbiran dan perumahan IPD Perak Tengah kepada pihak Polis yang diwakili oleh Ketua Jabatan Logistik Perak Supt Mat Puzi B. Ismail. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai penguasa projek (SO) dari Arcadia Archite Sdn Bhd En. Zukiflie B. Amir Samad, Pemangku Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Som Sak A/L Din Keliaw. Pegawai Turus Bangunan Perak ASP Mohamad Ali B. Jali, Ketua Bahagian Logistik Perak Tengah C/Insp Kamarulzaman Bin Harun, Pegawai-pegawai kanan Polis IPD Perak Tengah, wakil-wakil kosultan architect, M&E dan C&S. Setelah sekian lama anggota polis bertugas dalam suasana yang tidak selesa, hari ini mereka semua berasa gembira dan bersemangat untuk menjalankan tugas harian. Semoga dengan ada pejabat baru ini, semua anggota polis Perak Tengah dapat berkerja dengan lebih tekun dan dapat memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih cermelang. Juga diharapkan perkhidmatan sistem kuanter kita juga dapat dipertingkatkan. Masyarakat juga akan berasa lebih selesa untuk berurusan dengan pihak polis. INTEGRITI AMALAN KITA.